ayak | , = pengayak 1 alat utk menapis barang yg halus (spt tepung). mengayak 1 menapis dgn ayak (dgn menggoyangkannya ke kiri dan ke kanan): ~ tepung. 2 bergerak bergoyang-goyang. ayakan hasil mengayak; apa-apa yg sudah diayak. pengayakan perbuatan (cara dsb) mengayak. pengayak 1 orang yg mengayak. 2 alat utk mengayak; ayak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepung | 1 benda yg ditumbuk, digiling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung menumbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepung I | 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk membuat kuih); ~ berperasa tepung yg mengandungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekatkan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terigu | 1. biji-bijian yg boleh dimakan, gandum; 2. = tepung ~ tepung gandum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sagu | 1 hati batang pokok palma (spt kabung). 2 = pokok ~ nama sj pokok palma yg hati batangnya boleh dibuat tepung sagu, Metroxylon spp.. 3 = tepung ~ tepung yg dibuat drpd hati batang pokok rumbia dsb. ~ hati a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terigu | 1 bijian yg boleh dimakan; gandum, Triticum spp.. 2 = tepung ~ tepung gandum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pati | 1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sagu I | 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pastri | 1 adunan tepung dgn air, mentega dll. 2 kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pastri | (ERT) 1. adunan tepung dgn air, mentega (atau bahan lemak yg lain) dll; 2. kuih yg diperbuat drpd adunan tepung, lemak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |