Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter cantik


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pimpingsj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian ter­hadap perempuan yg cantik potongan badan­nya; kesat daun ~ prb lemah tetapi memba­hayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulis; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. me­nu­lisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak ber­dakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; ter­catat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tarikbp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membang­kitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) sese­orang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas