ter I | (tér) IB; 1. = minyak ~ barang cair berwarna hitam yg diperoleh drpd arang batu dll (utk mengecat rumah dll), belangkin, tar; 2. bp asfalt; diter dicat (dilapis) dgn ter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ter II | (tér) IB tambahan kpd sesuatu fasal selepas seksyen (dlm undang-undang dll), seksyen kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperosok | 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perosok | ; terperosok 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkaman | lompatan menerkam; hasil perbuatan menerkam (menyerang atau menyerbu); serangan; serbuan: Dgn mudah, ia dpt mengelakkan ~ singa yg ganas itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terselepot | duduk bertimpuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjulai | berjuntai(-juntai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjingkat | , terjingkat-jingkat berjalan tempang, pincang (kerana kaki pendek sebelah), singkat: dia berjalan terjingkat-jingkat kerana kaki kirinya terseliuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerungkup | tertiarap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhungap-hungap | bernafas dgn cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas berlari dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |