teraju | 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teraju | 1 alat utk menimbang yg terdiri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk menggantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) sesuatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu dituai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerajui | 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu dituai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teraju | 1 alat utk menimbang yg terdiri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. | Kamus Pelajar |
asik | 1. Kl panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang); 2. bergerak-gerak (layang-layang), tidak tetap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemudikan | 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parti | 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan: mengadakan ~ di rumahnya; berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut (berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi; kepartian perihal parti (politik), yg berasaskan atau mengenai parti: julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~; maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudi | 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantun | 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll; sepantun seperti, macam, seumpama; berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; berpantun-pantunan berbalas-balas pantun; memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun; memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, “Murah kata derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai mutiara dlm teraju”; pemantun orang yg mengarang pantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |