terak I | 1. tahi bijih, sanga; 2. = ~ dapur sisa bara api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkak I | 1. = ~ kayu cabang kayu; 2. = ~ ayam sarang ayam (yg sedang mengeram), petarangan, terak, sangkar ayam; menjunjung ~ ayam prb mendapat malu besar; menyangkak 1. = ~ bulu tegak bulu roma (kerana takut, seram, dll); 2. = ~ hatinya marah, meradang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi I | 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |