Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rakam1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita.Kamus Dewan Edisi Keempat
terakam1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian);Kamus Dewan Edisi Keempat
andal1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam harus­lah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ penga­laman; 2. menjamin ketinggian (kemam­puan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandal­kan: ~ merupakan keperluan segera bagi andai­an ramalan yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
album1 buku tempat menyimpan atau tempat melekatkan gambar-gambar, setem dsb. 2 koleksi lagu dsb (oleh seseorang), yg terakam dlm kaset, CD dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terpahat1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-­olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
senaraicatatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
pahat Ialat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, di­gunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-­olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas