terakhir | di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terakhir | paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghormatan terakhir | perbuatan memberi hormat kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghormatan terakhir | perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doktoral | IB; ujian ~ peperiksaan sebelum yg terakhir di universiti (peringkat yg terakhir ialah utk mendapat gelaran doktor). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghabisan | 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghabisan | 1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir:~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar |
penghormatan | perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhannya; ~ terakhir perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khatam | 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutakhir | terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |