terancam | dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terancam | berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terancam | dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. | Kamus Pelajar |
keterancaman | keadaan terancam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbahaya | boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memudarkan | menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaris-nyaris | hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan panglima mereka terancam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaris | , nyaris-nyaris hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan panglima mereka terancam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggadaikan | 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertahankan | 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |