berangguk-angguk | = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angguk | 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terangguk-angguk | bergerak-gerak turun naik (ttg kepala, haluan kapal dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terangguk-angguk | 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terangguk-angguk | bergerak-gerak turun naik (ttg kepala, haluan kapal dll). | Kamus Pelajar |
tersengguk-sengguk | terangguk-angguk (orang mengantuk dll): malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terakuk-akuk | terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu mengantuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meskipun | sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meski | = ~pun sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teranggul-anggul | turun naik (haluan perahu dll, terangguk-angguk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |