terbaca | 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbaca | membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesukuan | perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
had | 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacal I | 1. sl hamba kpd raja: paduka anakandalah akan ayahanda harap memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~ Bugis itu; 2. kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dgn raja dll), patik: Tuanku terlalu baik kpd patik ~ yg hina papa ini; had itulah yg terbaca oleh ~ datuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baca | ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baca | ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suku | 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seketurunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyembahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seperempat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semuanya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusurgalur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berkelompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau mengandungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkaitan dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitannya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersukusuku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengatakan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |