kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar |
kekinian | 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkini | yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harga pasaran | (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentuĀkan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isteri muda | isteri yg terakhir atau yg terbaru | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjudul | bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moden | dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pemĀbaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
butik | kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |