Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.wah] | ترباوه

Definisi : 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbawah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbawah olehdipimpin oleh;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbawah1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh;Kamus Dewan Edisi Keempat
layar pengapuhlayar yg dipasang di atas layar terbawah;Kamus Dewan Edisi Keempat
layar1. kain penampung angin (utk menjalan­kan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka ber­lakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan men­dapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), mem­bawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat ke­pahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bawah1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas