terbela | dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbela | dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpiara | terpelihara, terbela; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halai-balai | 1. kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); 2. tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar; menghalai-balaikan 1. mengacaukan, mengusutkan; 2. mengabaikan, melalaikan, mensia-siakan: hanya saya berharap supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhantar | 1. terlantar di tanah dll, tergeletak: badannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeliharaan orang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piara | pelihara, bela; anak ~ anak orang lain yg dibela dr kecil, anak angkat; memiara memelihara, membela; ~ ayam; ~ misai; ~ isteri mempunyai isteri; terpiara terpelihara, terbela; piaraan 1. sesuatu yg dipelihara (ayam, kucing, dll); 2. = bini ~ perempuan simpanan, gundik; pemiaraan perihal (perbuatan atau usaha) memiara, pemeliharaan: ~ ayam telur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantar II | ; menghantar, menghantarkan meletakkan (di tanah dll) sembarangan sahaja, menggeletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; terhantar 1. terlantar di tanah dll, tergeletak: badannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeliharaan orang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |