bengkung II | kain pembebat perut (pinggang dll): perut hendaklah setiap hari diikat dgn ~;berbengkung memakai bengkung: Tun Tahar menukar pakaiannya dgn pakaian warna merah, ~, dan berdestar merah juga;membengkung membebat atau membalut dgn bengkung: selepas bertungku, sediakan pula kelengkapan utk ~ perut;terbengkung 1. terlilit dgn bengkung; 2. ki terbelenggu (tidak bebas): manusia ingin keluar drpd kesempitan hidup yg dirasakan ~ oleh tradisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbengkung | 1. terlilit dgn bengkung; 2. ki terbelenggu (tidak bebas): manusia ingin keluar drpd kesempitan hidup yg dirasakan ~ oleh tradisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |