berhulu | 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari | 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwin- an, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari perkahwinan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subuh | 1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbit | 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penyakit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hari | 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Syawal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. harian setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hari | 1. masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2. = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3. masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4. keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ ibu bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Syawal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah hari berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. harian setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. | Kamus Pelajar |
terbit | 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah matahari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, makalah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasanya jernih; 5. keluar (dr rumah, persembunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluaran (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbitan saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbit | 1 cara atau hal menerbitkan. | Kamus Pelajar |
terbit | 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. | Kamus Pelajar |
merekah | 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |