tercari-cari | memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercari-cari | (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercari-cari | memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? | Kamus Pelajar |
teraba-raba | 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cari | ; mencari berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. ~ akal (fikiran) berusaha mendapatkan sesuatu cara utk mencapai sesuatu; berfikir. ~ bala (susah) sengaja mencari kesusahan. ~ fasal (sebab) sengaja berbuat sesuatu utk menimbulkan kekacauan. ~ helah mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. ~ kesalahan (salah) sengaja berusaha utk mengetahui kesalahan orang lain. ~ laba (untung) berusaha utk mendapat laba. ~ makan (nafkah, rezeki) bekerja utk menyara hidup. ~ muka melakukan sesuatu utk mendapat pujian. ~ nama melakukan sesuatu utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran dll) drpd pihak-pihak tertentu. mencari-cari 1 mencari dgn sungguh-sungguh: Dia merayau ke sana ke mari ~ duitnya yg hilang. 2 sengaja mengada-adakan sesuatu sbg sebab (alasan dll): Tak usahlah kita ~ kesalahan orang. mencarikan mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. tercari-cari memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? pencarian 1 = mata ~ pekerjaan yg dibuat utk mencari nafkah: ~ hidup mereka ialah bertani. 2 hasil drpd sesuatu kerja; pendapatan: Kerana ~ orang tuanya sangat sedikit, maka ia terpaksa berhenti belajar. 3 perbuatan atau hal mencari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cari | mencari berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. ~ akal (fikiran) berusaha mendapatkan sesuatu cara utk mencapai sesuatu; berfikir. ~ bala (susah) sengaja mencari kesusahan. ~ fasal (sebab) sengaja berbuat sesuatu utk menimbulkan kekacauan. ~ helah mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. ~ kesalahan (salah) sengaja berusaha utk mengetahui kesalahan orang lain. ~ laba (untung) berusaha utk mendapat laba. ~ makan (nafkah, rezeki) bekerja utk menyara hidup. ~ muka melakukan sesuatu utk mendapat pujian. ~ nama melakukan sesuatu utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran dll) drpd pihak-pihak tertentu. mencari-cari 1. mencari dgn sungguh-sungguh: Dia merayau ke sana ke mari ~ duitnya yg hilang. 2. sengaja mengada-adakan sesuatu sbg sebab (alasan dll): Tak usahlah kita ~ kesalahan orang. mencarikan mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. tercari-cari memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? pencarian 1. = mata ~ pekerjaan yg dibuat utk mencari nafkah: ~ hidup mereka ialah bertani. 2. hasil drpd sesuatu kerja; pendapatan: Kerana ~ orang tuanya sangat sedikit, maka ia terpaksa berhenti belajar. 3. perbuatan atau hal mencari. | Kamus Pelajar |
cari | 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguhsungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raba I | tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |