tercebur | 1 termasuk (terjatuh) ke dlm air (kolam dsb). 2 termasuk ke dlm kesengsaraan (kehinaan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercebur | 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (telaga dll); 2. termasuk ke dlm (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dll): kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercebur | 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (kolam dsb). 2. termasuk ke dlm kesengsaraan (kehinaan dsb). | Kamus Pelajar |
terjerembap | 1. jatuh tertiarap (dgn muka tertelungkup); 2. ki termasuk (tercebur) ke dlm kecelakaan atau keadaan yg menyusahkan: tanpa akidah manusia buta, ~ ke dlm ranjau dan belukar hidup, terperosok ke dlm kesesatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjebak | 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap, terpikat; 2. ki terperangkap atau tercebur ke dlm sesuatu keadaan yg tidak baik (keji, mengongkong, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jerembap | ; menjerembapkan 1. menjatuhkan tertelungkup; 2. ki mencelakakan; terjerembap 1. jatuh tertiarap (dgn muka tertelungkup); 2. ki termasuk (tercebur) ke dlm kecelakaan atau keadaan yg menyusahkan: tanpa akidah manusia buta, ~ ke dlm ranjau dan belukar hidup, terperosok ke dlm kesesatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cebur | bunyi spt bunyi benda besar jatuh ke air. mencebur 1 membuat bunyi cebur. 2 terjun ke air. menceburkan mencampakkan (sesuatu) ke air. ~ diri a. terjun ke air. b. mencampuri atau memasuki (politik dll): ~ diri dlm bidang politik. tercebur 1 termasuk (terjatuh) ke dlm air (kolam dsb). 2 termasuk ke dlm kesengsaraan (kehinaan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cebur | bunyi spt bunyi benda besar jatuh ke air. mencebur 1. membuat bunyi cebur. 2. terjun ke air. menceburkan mencampakkan (sesuatu) ke air. ~ diri a. terjun ke air. b. mencampuri atau memasuki (politik dll). tercebur 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (kolam dsb). 2. termasuk ke dlm kesengsaraan (kehinaan dsb). | Kamus Pelajar |
jebak I | = jebakan 1. sj alat (sangkar) utk menangkap burung (binatang dll), perangkap; 2. muslihat utk menipu (menggoda dll); memasang ~ memasang perangkap, memikat utk menipu (menggoda dll) orang; menjebak menangkap dgn jebak, memikat utk menipu (menggoda dll): ~ burung; terjebak 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap, terpikat; 2. ki terperangkap atau tercebur ke dlm sesuatu keadaan yg tidak baik (keji, mengongkong, dsb); penjebakan 1. perihal menjebak; 2. tempat utk memerangkap musuh dll; penjebak 1. orang yg menjebak; 2. alat utk menjebak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cebur | bunyi spt bunyi benda dibuang ke air; mencebur 1. terjun ke air; 2. membuat bunyi cebur; menceburi memasuki serta giat dlm (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dlm, melibati: sebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yg lebih menguntungkan; menceburkan 1. membuang (mencampakkan) sesuatu ke air; 2. menyebabkan termasuk ke dlm sesuatu atau berada dlm sesuatu keadaan (biasanya yg tidak menyenangkan): ini telah ~ Islam ke dlm proses pensekularan yg tidak masuk akal; ~ diri a) terjun ke dlm (air dll); b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dll): ~ diri dlm lapangan sukan; tercebur 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (telaga dll); 2. termasuk ke dlm (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dll): kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan; penceburan perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan: bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dgn ~ para cendekiawan pd masa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |