cengang | ; tercengang, tercengang-cengang ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. mencengangkan menimbulkan rasa hairan; menghairankan; mengagumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengang | tercengang, tercengang-cengang ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. mencengangkan menimbulkan rasa hairan; menghairankan; mengagumkan. | Kamus Pelajar |
cengang | ; bercengang, bersicengang hairan, kehairanan: ~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi; mencengangkan menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yg luar biasa atau di luar dugaan dsb): kebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai; tercengang, tercengang-cengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga): mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka; mentercengangkan menyebabkan tercengang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercengang | , tercengang-cengang ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. mencengangkan menimbulkan rasa hairan; menghairankan; mengagumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercengang-cengang | ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercengang-cengang | berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga): mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termangau | tercengang-cengang kehairanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpinga-pinga | tercengang-cengang kerana hairan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangau | ; termangau tercengang-cengang kehairanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpinga-pinga | tercengang-cengang kehairanan: kami ~ memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |