Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cu.cu/] | ترچوچوق

Definisi : tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercucuk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tercucuktertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertusuktercucuk atau tertikam oleh: Kakinya ~ duri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertusuktertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjarum1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertujahditujah oleh, tertusuk, tercucuk: kakinya ~ duri nibung;Kamus Dewan Edisi Keempat
menancapmasuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll), menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di tanah;Kamus Dewan Edisi Keempat
tancaptancap; ~ gas Id, bp menekan pedal minyak kereta utk melajukan jalannya; menancap masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll), menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di tanah; menancapkan menusukkan hingga masuk (pisau dll), mencucukkan, menghunjamkan: kadang-kadang aku ~ tongkatku di sawah dan ikut serta pd pekerjaan memotong rum­put dan menggali tanah; tertancap 1. masuk terbenam, terpacak, ter­pancang: belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai jantungnya; 2. ki tidak bergerak lagi (kuasa dll), terhenti, tersangkut; tancapan tikaman, tusukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelindan I1. benang yg masih dipintal, benang bagi tali pemutar jentera atau kincir; 2. tali atau benang berpintal utk menggerakkan jentera (roda penggulung benang); 3. benang jahitan yg sedia tercucuk pd jarum; jahit sudah, ~ putus prb selesai semuanya; lalu penjahit, lalu ~ prb apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
tujah; menujah menusuk dgn benda tajam (lembing, tombak, dll) dr atas ke bawah, meno­hok, meradak: mata pena itu cuma ditujah-tujah pd kertas; menujahkan menusukkan tombak (lembing dsb) arah ke bawah, menohokkan; tertujah ditujah oleh, tertusuk, tercucuk: kakinya ~ duri nibung; tujahan hasil menujah, tusukan: harimau itu langsung tidak menghiraukan ~ lidi sum-pitan yg bertali arus memacak pd tubuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tusukbenda yg runcing dan tajam utk mencucuk; pencucuk: ~ kondai penyemat sanggul. menusuk 1 men­cucuk dgn benda yg tajam; mencucuk hingga tembus. 2 melukakan dgn senjata tajam; menikam: Ia ~ perut lawannya dgn keris saktinya. 3 masuk atau meresap ke dlm: Bisa itu ~ hingga ke tulang sumsum. ~ hati menyakiti hati. menusuk-nusuk menyebabkan orang marah atau panas hati; menghasut: ~ orang supaya bergaduh. menusukkan 1 mencucukkan sesuatu yg tajam pd; menembuskan dgn benda tajam. 2 membenamkan sesuatu yg tajam pd; menikamkan. tertusuk tercucuk atau tertikam oleh: Kakinya ~ duri. tusukan 1 hasil drpd menusuk; tikaman. 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas