terdahulu | 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedahuluan | 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muqaddam | Ar 1. yg terdahulu, sesuatu yg mendahului, pendahuluan; 2. juz Amma atau juz yg ke-30 dlm al-Quran (dipelajari dahulu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahulu | 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lampau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2. memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taklid | penyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu. bertaklid 1 berserah kpd kuasa ahli hukum yg terdahulu. 2 percaya saja kpd kata orang; menurut; meniru: ~ buta hanya menurut saja tanpa berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusuli | 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tempat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyongsong; mengalu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung surat yg dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusuli | 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusul | 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertama | 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mulamula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susul | ; menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; menyusuli 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; menyusulkan 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); susulan 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; penyusulan perbuatan menyusul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |