terdinding | tersekat oleh dinding; terlindung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdinding | tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdinding | tersekat oleh dinding; terlindung. | Kamus Pelajar |
dinding | 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dinding | 1. penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) dinding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk menyekat, melindungi, menahan, menutup, merintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan mendinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinding | 1. penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2. sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1. memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2. menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami daripada panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding:Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. | Kamus Pelajar |