majmuk | terdiri drpd beberapa bahagian yg bersatu (bkn perkataan dll); tidak tunggal: ayat ~ ayat besar yg terdiri drpd dua ayat kecil atau lebih; kata ~ perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd berbagai-bagai (suku) kaum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rencam II | 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri) drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg ~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan; kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skuadron | 1. unit tentera udara yg terdiri drpd 10 hingga 18 buah pesawat terbang; 2. pasukan tentera darat yg terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian drpd rejimen, dan biasanya dibahagikan kpd tiga trup; 3. unit tentera laut yg terdiri drpd dua buah kapal atau lebih yg sama jenisnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks I | /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdiri drpd | terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdiri di atas | didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdiri atas | ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdiri | 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdiri drpd | terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |