Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ga.dai] | ترݢاداي

Definisi : telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ga.dai] | ترݢاداي

Definisi : sudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergadai

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ayam menang,
     kampuh (= kampung) tergadai.

Bermaksud :

Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tergadaisudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tergadaitelah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tergadaisudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~.Kamus Pelajar
tebus Ibertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gadaianbarang yg tergadai;Kamus Dewan Edisi Keempat
sanderaorang yg tertawan atau tergadai kerana tanggungan hutang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tersandardijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai.Kamus Dewan Edisi Keempat
sanderaorang yg tertawan atau tergadai kerana tanggungan hutang.Kamus Pelajar
sanderasl orang yg tertawan atau tergadai utk tanggungan hutang dll; menyanderakan menjadikan hamba (kerana berhutang).Kamus Dewan Edisi Keempat
menebus1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas