gopoh | cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergopoh-gopoh | gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maman | 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai, bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gopoh-gapah | sangat gopoh. bergopoh-gapah berbuat sesuatu dgn sangat gopoh. tergopoh-gapah tergopoh-gopoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gabas II | Mn gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;menggabas menggesa-gesakan;tergabas terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terserah-serah | tergopoh-gopoh, tergesa-gesa: ~ benar engkau datang sekali ini; ® sera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersera-sera | tergopoh-gopoh atau tergesa-gesa (berjalan, berlari, dll), berjalan dll spt orang dlm kecemasan: penat berkejar tidak terkira ke sana ke mari ~; serah II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersanga-sanga | tergopoh-gopoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkocoh-kocoh | tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa: ~-ganyah mereka mengisi pakaian dlm beg supaya tidak terlambat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkocoh-ganyah | tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa: ~-ganyah mereka mengisi pakaian dlm beg supaya tidak terlambat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |