terharap-harap | selalu mengharapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terharap-harap | sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharap-harap | selalu mengharapkan. | Kamus Pelajar |
harap | keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harap | keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1. berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2. percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1. orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2. hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. | Kamus Pelajar |
harap | 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = haraplah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ maklum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharapkan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengharapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |