terhebah | dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hebah | (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |