Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.si]/[ter.i.si] | ترايسي

Definisi : sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terisi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terisisudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kewarakansifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersumbat1. tertutup (dgn sumbat dll), tersumpal: rongga-rongga ini ~ dgn biji-biji gabus; 2. terisi, termasuk: nasi yg ~ dlm mulutnya menyebabkan dia membisu; 3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerong­kongan (kerana termengkelan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
warak IAr taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama; kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumbat= penyumbat sesuatu yg digunakan utk menutup lubang (liang, mulut botol, dll), pemalam, penutup; ~ botol penutup botol (drpd gabus dll); menyumbat 1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dll) dgn sumbat, menyumpal: ~ telinga dgn kapas; 2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dlm, mengisi: mereka sedang ~ guni-guni tadi dgn barang-barang itu; menyumbatkan 1. menggunakan sesuatu utk menyumbat: dicari kayu hendak disum­batkan pd lubang itu; 2. memasukkan se­suatu ke dlm, mengisikan: bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dlm guni; tersumbat 1. tertutup (dgn sumbat dll), tersumpal: rongga-rongga ini ~ dgn biji-biji gabus; 2. terisi, termasuk: nasi yg ~ dlm mulutnya menyebabkan dia membisu; 3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerong­kongan (kerana termengkelan dll); sumbatan hal tersumbat (tertutup atau ter­sumpal): gejala yg terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pd saluran nafas; ~ salur itu memerlukan suatu rawatan yg khusus.Kamus Dewan Edisi Keempat
isi1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas