terjerat | 1 tertangkap dgn jerat (bkn binatang). 2 ki tertipu akibat tipu muslihat orang lain; terperangkap: Dia telah ~ dan terpaksa menurut segala kemahuan penjahat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjerat | 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerat | 1. tertangkap dgn jerat (bkn binatang). 2. ki tertipu akibat tipu muslihat orang lain; terperangkap: Dia telah ~ dan terpaksa menurut segala kemahuan penjahat itu. | Kamus Pelajar |
jerat | 1 tali yg hujungnya disimpulkan sehingga merupakan bulatan yg dpt dibesarkan dan dikecilkan atau dpt mencerut (utk menangkap burung dll): menahan ~ memasang jerat. 2 ki tipu muslihat utk menyusahkan atau utk merugikan orang lain. menjerat 1 menangkap dgn jerat; memasang jerat: Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2 ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. terjerat 1 tertangkap dgn jerat (bkn binatang). 2 ki tertipu akibat tipu muslihat orang lain; terperangkap: Dia telah ~ dan terpaksa menurut segala kemahuan penjahat itu. penjerat 1 orang yg menjerat. 2 alat utk menjerat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jerat | 1. tali yg hujungnya disimpulkan sehingga merupakan bulatan yg dpt dibesarkan dan dikecilkan atau dpt mencerut (utk menangkap burung dll): menahan ~memasang jerat. 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan atau utk merugikan orang lain. menjerat 1. menangkap dgn jerat; memasang jerat:Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2. ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. terjerat 1. tertangkap dgn jerat (bkn binatang). 2. ki tertipu akibat tipu muslihat orang lain; terperangkap:Dia telah ~ dan terpaksa menurut segala kemahuan penjahat itu. penjerat 1. orang yg menjerat. 2. alat utk menjerat. | Kamus Pelajar |
jerat I | 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; menahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain; terpasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki melakukan tipu muslihat, menyusahkan (mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |