terjumpa | menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjumpa | menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjumpa | menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. | Kamus Pelajar |
tersua | bertemu dgn, terjumpa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbaca | membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepergok | Jw ark (tiba-tiba) terjumpa, terserempak, tersua; ®pergok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dominan | 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelintaran cincangan(hash search) | Gelintaran kedudukan di dalam jadual cincangan yang ditunjukkan oleh nilai cincangan, sehingga terjumpa kedudukan yang mempunyai kunci yang sepadan atau kedudukan yang kosong. Pencarian ini dijalankan sama ada untuk mencapai data tersimpan atau meletakkan data baru. | Kamus Komputer |
jumpa | ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat, majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertumbuk | 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), tertinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; | Kamus Dewan Edisi Keempat |