terkail | terkena kail; terpancing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkail | (ter)kena kail, terpancing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkail | terkena kail; terpancing. | Kamus Pelajar |
terpancing | kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kail | 1 = mata ~ dawai yg dibengkokkan dan hujungnya berkait serta tajam. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai yg hujungnya tajam lagi berkait digunakan utk menangkap ikan; pancing: Mereka menggunakan alat spt ~, jaring atau pukat utk menangkap ikan. mengail menangkap (ikan) dgn kail atau dgn pancing; memancing. terkail terkena kail; terpancing. pengail 1 orang yg menangkap ikan dgn kail. 2 alat utk mengail atau utk memancing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kail | 1. = mata ~ dawai yg dibengkokkan dan hujungnya berkait serta tajam. 2. sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai yg hujungnya tajam lagi berkait digunakan utk menangkap ikan; pancing: Mereka menggunakan alat spt ~, jaring atau pukat utk menangkap ikan. mengail menangkap (ikan) dgn kail atau dgn pancing; memancing. terkail terkena kail; terpancing. pengail 1. orang yg menangkap ikan dgn kail. 2. alat utk mengail atau utk memancing. | Kamus Pelajar |
kail I | 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing); ~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing | alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |