terkait | terlibat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercangkuk | terkait. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterkaitan | keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak | carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terserampang | 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak | sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serampang II | Mn; terserampang 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak | sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek:Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. | Kamus Pelajar |
campur tangan | a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpalit | 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |