Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ka.lang] | ترکالڠ

Definisi : tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkalang

Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkalangtergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kalang Igalang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan ber­bantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalas­kan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mem­pertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas