Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kam] | ترکم

Definisi : menerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, me-nerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; terkaman 1. hasil menerkam, serangan, serbuan: dgn mudah dia dapat mengelakkan ~ itu; 2. ki cengkaman, kekuasaan; berterkaman bersama-sama menerkam, banyak yg menerkam: ibu dan ayahnya ~ menerpa api yg cuba menjilat dinding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.kam] | ترکم

Definisi : ; menerkam melompat ke arah sesuatu utk menangkap atau utk menyerang (spt harimau yg hendak menangkap mangsanya); menerpa: Singa itu ~ mangsanya. ter­kaman lompatan menerkam; hasil perbuatan menerkam (menyerang atau menyerbu); serangan; serbuan: Dgn mudah, ia dpt mengelakkan ~ singa yg ganas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terkam
Kata Terbitan : menerkam, berterkaman, terkaman,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkam; menerkam melompat ke arah sesuatu utk menangkap atau utk menyerang (spt harimau yg hendak menangkap mangsanya); menerpa: Singa itu ~ mangsanya. ter­kaman lompatan menerkam; hasil perbuatan menerkam (menyerang atau menyerbu); serangan; serbuan: Dgn mudah, ia dpt mengelakkan ~ singa yg ganas itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkammenerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, me-nerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; terkaman 1. hasil menerkam, serangan, serbuan: dgn mudah dia dapat mengelakkan ~ itu; 2. ki cengkaman, kekuasaan; berterkaman bersama-sama menerkam, banyak yg menerkam: ibu dan ayahnya ~ menerpa api yg cuba menjilat dinding.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkam; menerkamterkaman hasil perbuatan menerkam (menyerang atau menyerbu); serangan; serbuan: Dgn mudah ia dpt mengelakkan ~ singa yg ganas itu.Kamus Pelajar
terkam; menerkammelompat ke arah sesuatu utk menangkap atau utk menyerang (spt harimau yg hendak menangkap mangsanya dll); menerpa: Singa itu ~ mangsanya.Kamus Pelajar
cerpaterpa (terkam).Kamus Dewan Edisi Keempat
berdacing1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbun1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia;Kamus Dewan Edisi Keempat
timbunhimpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): seber­mula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (ter­tanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg ter­sem­bunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menim­bunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
dacingsj alat penimbang (yg terdiri drpd batang yg berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang); anak (buah, batu) ~ logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan kese­imbang­an timbangan; ~ palingan tangan, lidah palingan hati prb tidak sama antara cakap dgn niat; berdacing 1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing; mendacing menimbang dgn dacing.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas