terkembang | terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkembang | terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkembang | terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang:Maka ~lah payung kerajaan. | Kamus Pelajar |
terbabar | 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharak-harak | sl terkelepai, berjabir-jabir, longgar: maka baju Laksamana pun ~ terkembang berterbangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harak | ; terharak-harak sl terkelepai, berjabir-jabir, longgar: maka baju Laksamana pun ~ terkembang berterbangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuka | 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupak I | 1. ukuran isi utk beras dll (suku gantang): maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~; 2. = ~ asli Mn adat drpd datuk nenek; ~ sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan; kalau se~ tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi; lenggang-lenggok bagai ~ hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut; membawakan ~ ke negeri orang prb Mn memakai adat sendiri di negeri orang; mencupak menyukat dgn cupak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babar | ; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayap | 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |