teringat-ingat | terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palu | 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk memalu: ~ beduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkenang-kenang | selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
termimpi-mimpi | 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar |
mimpi | 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenang | timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenang | ; mengenang mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. mengenangkan menimbulkan kembali dlm ingatan; mengingat sesuatu: Sedih hati Bidin ~ nasib dirinya yg tidak mempunyai ayah lagi. terkenang teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. kenangan 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |