kirai I | ; mengirai 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; terkirai-kirai 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkirai-kirai | 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |