Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kong.kong] | ترکوڠکوڠ

Definisi : terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.kong.kong] | ترکوڠکوڠ

Definisi : terbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkongkong


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkongkongterbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkongkongterbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkongkongterbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb).Kamus Pelajar
terkurungterpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kongkonganki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbelenggu1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;Kamus Dewan Edisi Keempat
bebas(bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen.Kamus Dewan Edisi Keempat
terikat1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
stereotaip(stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
liberal1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas