Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlahir 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lahir1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
terlahir1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak);Kamus Dewan Edisi Keempat
jelma; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah ben­tuknya (rupanya dll) akibat kuasa mata­hari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas