terlajak | 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. 2 lancang mengeluarkan kata-kata; lepas mulut: ~ kata buruk padahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdorong | 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdorong | 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lajak | 1 gerakan sesudah dihentikan: Sesudah dibrek, basikal itu masih berjalan kerana ~ lajunya tadi. 2 cepat (ttg pergerakan); lekas; pantas. terlajak 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. 2 lancang mengeluarkan kata-kata; lepas mulut: ~ kata buruk padahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langsung | 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah bernikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlangsung | 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlanjur | 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lajak | 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. | Kamus Pelajar |
terlajak | 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. | Kamus Pelajar |
terlajak | 1. terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus:Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. 2. lancang mengeluarkan kata-kata; lepas mulut; terlanjur kata: ~ kata buruk padahnya. | Kamus Pelajar |