lanjur | ; melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. keterlanjuran 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lanjur | 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti; melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dll), memanjangkan; terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran, dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati; telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah dirinya atas ~nya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlanjur | 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlanjur | 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjur | melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1. terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2. sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas:Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3. kebetulan; justeru: ~ awak hendak pulang, bolehkah saya menumpang kereta awak? keterlanjuran perihal terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. | Kamus Pelajar |
keterlanjuran | 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlanjur | 1. terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2. sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3. kebetulan; justeru: ~ awak hendak pulang, bolehkah saya menumpang kereta awak? | Kamus Pelajar |
lancang II | 1. tidak senonoh (kelakuan, pengucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut perihal (sifat, perbuatan) lancang mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlangsung | 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membenarkan | 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |