terlebur | yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebur I | 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata; meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnahkan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan menggantikan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; leburan sesuatu (logam dll) yg telah dileburkan: ~ timah; peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |