anterior | (antérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yg lain, pd tubuh: sesungut terletak di bahagian ~ lipas; 2. terletak paling jauh dr batang utama (bkn bahagian bunga atau daun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
posterior | (postérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian belakang, atau di bahagian belakang sesuatu struktur yg lain, pd tubuh: pituitari ~; 2. terletak paling hampir dgn batang utama (bkn bahagian tunas atau bunga sisi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawah | 1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar | beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. menyejajarkan 1 membuat supaya sejajar (sederet). 2 menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rintang | ; merintang terletak melintang; menggalang. merintangi 1 terletak melintang pd atau di; merentangi: Beting-beting pasir yg ~ sungai itu menghalang pelayaran kapal di situ. 2 menahan supaya tidak dpt bergerak dll; menghalang; menyekat: Di samping kekurangan modal, terdapat beberapa faktor yg ~ kemajuan syarikat itu. merintangkan 1 meletakkan melintang; menggalang dgn: Budak-budak nakal telah ~ kayu di jalan raya. 2 menyusahkan; menyukarkan. rintangan sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. perintang 1 sesuatu yg merintang, merintangi atau yg dirintangkan. 2 orang yg merintangi; penghalang; penyekat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sela | 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menambah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menyelitkan; menyisipkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersepuk | 1 terletak atau terbuang di mana-mana saja yg disukai. 2 jatuh terjelepuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyela | 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menambah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersangkut | 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merintangi | 1 terletak melintang pd atau di; merentangi: Beting-beting pasir yg ~ sungai itu menghalang pelayaran kapal di situ. 2 menahan supaya tidak dpt bergerak dll; menghalang; menyekat: Di samping kekurangan modal, terdapat beberapa faktor yg ~ kemajuan syarikat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |