terlewat | ketinggalan waktu; terlambat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlewat | 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesiangan | terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesiangan | terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesiangan | terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. | Kamus Pelajar |
termakan bulan | terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlambat | tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telat | IB, bp terlambat, terlewat: hari itu kami bermain ~ drpd biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelampauan | sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasip I | Jw terlambat, terlewat: jangan tunggu sampai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |