lewat | (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hendaklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlewat | 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedahuluan | 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suntuk | 1. sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat, terlewat: sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima; tua ~ tidak mengaku dirinya tua; 2. selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll); sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam; 3. Mn tidak panjang, pendek, picik, singkat; ~ akal pendek (singkat) akalnya; fikirannya ~ cetek pengetahuannya; tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dll) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kpd; kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelewatan | 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelambatan | 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suntuk | 1 sudah sampai pd hadnya sehingga tidak dpt diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah ~. sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjan | Kamus Pelajar |
kelambatan | 1. hal lambat; kelewatan:~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2. terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. | Kamus Pelajar |
kelambatan | 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menyebabkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyembahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlalai | 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |