libat | ; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlibat | 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haram | 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yakuza | 1. pertubuhan jenayah Jepun yg terlibat dlm perjudian haram, peras ugut dsb; 2. ahli kegiatan haram atau samseng Jepun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkebat | 1. terikat, terbebat, terbalut; 2. ki terlibat (dlm sesuatu perkara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbelit | 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemalangan | 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkujut | 1. menggantung diri; 2. terikat (kerana telah melakukan kesalahan), terlibat, tersangkut dlm perkara dll: semuanya berkujut-kujut dlm perkara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atom | 1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat dlm sesuatu perubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom; zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp (dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa); ikat pinggang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen yg tidak perlu diisi dakwat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemberkasan | 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |