terpandang | 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlihat | 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ternampak | 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuman | 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lihat | pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arca | 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyimpan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
histeria | 1. sj penyakit urat saraf yg terlihat pd letusan-letusan emosi yg tidak dapat dikawal, selap: diserang ~; 2. kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pandangan | 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi perhatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat terhadap politik, falsafah politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nampak | 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak terdaya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pelakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, memperlihatkan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat dilihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, terbayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ketahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |