terlitup | tertudung rapat-rapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlitup | tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | rapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
litup | tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |