luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celah | 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mencelah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakapan saya, pemuda itu terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celah | 1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (selasela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, menyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn perubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celah | 1. bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2. masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mencelah 1. masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2. memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakapan saya, pemuda itu terus ~. | Kamus Pelajar |
terluang | 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terluang | 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuka | 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelapangan | 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuh | 1 sudah berisi seluruhnya; tidak ada yg terluang lagi: Tangkinya sudah ~. 2 banyak berisi sesuatu: Sakunya ~ dgn buah mata kucing. Orang ramai ~ sesak di stesen kereta api. 3 tidak dikurangkan apa-apa; lengkap: Tiap-tiap bulan, dia menerima gaji ~ sebanyak RM910.00. memenuhi 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. memenuhkan menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. sepenuh tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar, kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |