Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lukis; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis.Kamus Dewan Edisi Keempat
terlukis1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tersungging1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis (senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman.Kamus Dewan Edisi Keempat
terangan-angan1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beber(bébér); wayang ~ Jw sj wayang yg dipertunjukkan dgn cara membuka gambargambar yg terlukis pd kain putih yg bergulung;membeber membuka (gulungan, payung, dll); membeberkan 1. mengembangkan (bendera, layar, dll), membentangkan: jong itu telah ~ layarnya; 2. membentangkan: keterangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu; 3. membuka (rahsia dll): dia suka ~ rahsia orang; beberan bentangan;pembeberan perbuatan membeber(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
khayal1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khayal1. sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2. sangat asyik melakukan sesuatu; leka:Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1. berangan-angan; mengelamun. 2. berbuat sesuatu sampai khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1. membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2. menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi.Kamus Pelajar
sungging Ilukisan atau perhiasan (berwarna-warni); juru~ pelukis sungging; seni ~ seni membuat gambar perhiasan; menyungging melukis dgn warna-warni (cat dll), mewarnai (lukisan dll); tersungging 1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis (senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman.Kamus Dewan Edisi Keempat
angan1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong mele­­nyap­­­­kan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan memba­yang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengela­mun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. men­cita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angan­kan utk dijadikan isterinya; 2. membayang­kan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas