Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termakan

Puisi
 

Kelapa menjadi santan,
     Asal santan menjadi minyak;
Jika ada buah termakan,
     Burung liar menjadi jinak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berendangyg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
keracunankena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit;Kamus Dewan Edisi Keempat
racun1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termakan bulantelah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termakan buditelah menerima pertolongan atau kebaikan seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termakan1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termakan oleh akalmasuk akal, boleh diterima oleh fikiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
termakan janjitidak menepati janji;Kamus Dewan Edisi Keempat
termakan dlm hatimeresap dlm hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
termakan bulanterlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas